Sunday 23 October 2011

Doa uNtuK kEkaSih

 Ya Allah jika dia adalah jodoh yg Engkau tetapkan buatku,
peliharalah hubungan kami di jalan yg di redhaiMu.
jika dia bukan jodohku, berilah petunjuk kepadaku apa yg harus aku lakukan
...

              






                 

Thursday 20 October 2011

keluarga bahagia ^^

assalamualaikum w.b.t



kali nie rasa nak bercerita tntg keluarga pulak la. Saya mempunyai keluarga yang sangat bahagIa. walaupun keLuarga kami tidaklah seramai mana hanya 5org ahli keluarga tapi kami senang dengan kehidupan kami.Bercerita tntg ayah saya.Ayah saya seorang yg agak tegas dlm mendidik anak2nya. dIa amat menitikberatkan soal pndidikan dan keselamatan anak2nya. aPa saja yg kaMi lakukan dan ingin lakukan haruslah diketahui oleh ayah.Ayah cukup pantang kalau anak2 buat salah. Saya ingat lagi. Waktu saya di tingkatan3, saya pernah dipukul.Maklumlah di ketika itu jiwa muda seperti remaja2 yg lain ingin juga merasai alam prcintaan. Akibat dari prbuatan saya itu,ayah telah memberi pengajaran yg setimpalnya kepada saya. dalam keluarga saya,ayahlah org yang paling saya geruni. :) bila tiba bab solat,ayah cukup pantang kalau ahli keluarganya melengah-lengahkan solat. Itulah ayah saya,seorang yg tegas dan bertanggungjwb orgnya.
Mama,dia lah ibu yg saya sanjung. Dia lah yg mengandung,melahirkan dan membesarkan saya selama ini.Mama adakalanya tegas tp tegas mama ada masa dan ketikanya.Mama seorang yg penyayang dan mengambil berat.Ada masalah pada mama la tempat aku mengadu dan berkongsi cerita.Mama seorang pendengar yg setia.
saya mempunyai 2org adik. Adik lelaki saya skrg menuntut di tingkatan2 di sekolah menengah taman jelutong dlm aliran arab.Bila bercerita tntg adk lelaki saya nie,biasalah. kalau x bergaduh,x sahla hari2 yg kami lalui.Ada masanya baik,ada masanya bergaduh.Gitu lah kehidupan kami adik beradik.
Adik saya yg bongsu,kini darjah2 sekolah st Anne's Convent.Adik bongsu nie manja sikit.Maklumlah dia yg paling kecil. Pantang kalau salah ckp sikit ja,mudah ja dia na merajuk.Alahai... adikku~


Inilah ceritera keluarga saya.

Saya sayang keluarga saya ketat2! ^_^



Wednesday 19 October 2011

mutiara hati

Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya.

Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya. Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung.